KUALA LUMPUR – Pengeluaran minyak sawit di Malaysia akan meningkat sebanyak 3.0 peratus pada 2018.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ahmad Khusairi Din menjangka pengeluaran akan meningkat kepada 20.5 juta tan berbanding 19.9 juta tan yang dihasilkan pada 2017.
Tambahnya, eksport Malaysia dijangka meningkat 5.1 peratus kepada 17.4 juta tan tahun ini, manakala stok minyak sawit dijangka turun 15.8 peratus kepada 2.3 juta tan metrik. – MalaysiaGazette