Home Politik Saravanan sedia pertahan kerusi Tapah

Saravanan sedia pertahan kerusi Tapah

M. Saravanan.

KUALA LUMPUR – Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M. Saravanan hari ini berkata beliau bersedia untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Tapah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menyerahkan kata putus mengenai perkara itu kepada Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada wartawan pada sidang media pelancaran larian ‘Possible Run’ yang akan berlangsung di Padang Merbok di sini pada 13 Mei depan.

Saravanan yang memenangi kerusi Parlimen Tapah sejak PRU12 berkata beliau yakin akan terus mendapat mandat daripada rakyat di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2013, Saravanan menang dengan memperoleh majoriti 7,927 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PKR, BERJASA, dan BEBAS.- BERNAMA

+ posts