Home Dunia Seoul, Pyongyang dalam satu perbarisan pada Sukan Olimpik

Seoul, Pyongyang dalam satu perbarisan pada Sukan Olimpik

SEOUL – Korea Selatan dan Korea Utara bersetuju untuk bersama-sama dalam perbarisan di bawah satu bendera “Korea bersatu” di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Seoul pada bulan depan.

Kedua-dua negara juga bersetuju supaya pasukan hoki ais menjadi pasukan bersama.

Ia merupakan hasil perbincangan yang jarang berlaku antara kedua-dua negara yang berlangsung di Panmunjom.

Perbincangan peringkat tinggi pertama itu berlangsung dalam lebih daripada dua tahun.

Ia menandakan pemulihan dalamhubungan yang bermula pada tahun baru ketika Korea Utara menawarkan untuk menghantar satu pasukan dalam sukan tersebut.

Sukan Olimpik Musim Sejuk akan berlangsung antara 9 dan 25 Februari di Pyeongchang di Korea Selatan.

Jika perancangan itu menjadi, beratus-ratus atlet dan delegasi Korea Utara akan menyertai sukan tersebut termasuk 230 orang pasukan sorak, 140 ahli muzik orkestra dan 30 atlet taekwando akan melintas masuk melalui darat ke Korea Selatan.

Juga bermakna, pembukaan lintasan sempadan jalan bagi kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Korea Utara juga bersetuju untuk menghantar seramai 150 delegasi ke Sukan Paralimpik pada Mac lalu.

Bagaimanapun, perjanjian itu perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) pada mesyuarat yang berlangsung di Lausanne, Switzerland pada Sabtu ini kerana Korea Utara telah terlepas tarikh tutup atau gagal untuk mendapat pengesahan.

Korea Selatan juga perlu mencari cara untuk menjadi tuan rumah delegasi Korea Utara tanpa melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengharamkan pemindahan wang tunai ke Pyongyang dan menyenaraihitamkan beberapa pegawai kanan. – MalaysiaGazette