KUALA LUMPUR- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa warganegara Malaysia lelaki dan wanita berumur 18 hingga 25 tahun untuk berkhidmat sebagai Perajurit Muda (anggota Lain-Lain Pangkat).
TLDM dalam kenyataannya berkata, keutamaan diberikan kepada warganegara berumur 18 tahun hingga 23 tahun pada 24 September 2018, bujang dan sihat tubuh badan.
Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pemohon perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak cacat anggota, bujang, berat minima 47.5 kg bagi lelaki dan 40.5 kg (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (lelaki) manakala 1.60 meter (wanita) dengan Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (lelaki) 18 – 23 (wanita).
Pemohon mestilah mempunyai tahap penglihatan yang terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Permohonan kemasukan Perajurit Muda TLDM dilaksanakan secara atas talian mulai 1 Januari hingga 30 Mac 2018 di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Markas Tentera Laut Cawangan Pengurusan Sumber Manusia – Bantuan Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur (Sel Pengambilan LLP) di talian 03 – 2071 3177/6925 atau emel: [email protected]