KUALA LUMPUR – Urus niaga perbankan mudah alih Malayan Banking Berhad (Maybank) bernilai melebihi RM24 bilion pada tahun 2017 dengan 1.2 bilion transaksi.
Ketua Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Lim Hong Tat berkata, bank itu akan mempamerkan pilihan pembayaran mudah alih digital tanpa tunai dengan menggunakan kod QR – Maybank QRPay sempena Karnival Kewangan Kedah 2018.
Penganjuran itu bermula 19 hingga 21 Januari 2018 bertempat di Hotel dan Pusat Konvensyen TH, Alor Setar.
Maybank QRPay merupakan inisiatif digital baharu yang membenarkan pelanggan untuk membuat bayaran secara langsung terhadap produk dan perkhidmatan dengan mengimbas kod QR menggunakan peranti mudah alih mereka.
Produk terbaharu itu disasarkan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai.
Untuk pengguna, applikasi ini sudah disediakan di dalam applikasi Maybank baharu.
Manakala peniaga yang mahu menggunakan mod pembayaran tanpa tunai, applikasi ini akan disediakan di Apple Apps Store atau Google PlayStore.
Para peniaga hanya perlu memuat turun applikasi dan mengemaskini kan butiran mereka.
Dalam masa lima minit atau kurang peniaga sudah boleh menerima pembayaran menggunakkan Maybank QRPay. – MalaysiaGazette