NEW DELHI – Gara-gara tidak mahu kereta peronda polis kotor, dua remaja maut.
Kejadian itu berlaku selepas tiga anggota polis enggan membawa dua remaja yang terlibat dalam kemalangan ke hospital menggunakan kereta peronda.
Alasan mereka tidak mahu kereta tersebut dicemari dengan darah.
Akibatnya, ketiga-tiga mereka yang bertugas di Saharanpur, Uttar Pradesh ditahan atas tuduhan gagal untuk membawa mangsa-mangsa berkenaan.
Rakaman video yang memaparkan dua remaja yang berlumuran dadah di bahu jalan dengan seorang lelaki merayu kepada polis-polis berkenaan untuk membantu.
Uttar Pradesh meningkatkan jumlah kereta peronda untuk menambah baik perkhidmatan kecemasan. – MalaysiaGazette