Home Seni Hidup Mariah Carey berdepan saman RM11.8 juta

Mariah Carey berdepan saman RM11.8 juta

Mariah Carey. Photo Greg Allen/Invision/AP/REX/Shutterstock

LOS ANGELES – Diva antarabangsa, Mariah Carey kini berdepan saman pihak penganjur Fenix yang mendakwa penyanyi berusia 48 tahun itu telah melanggar kontrak gara-gara membatalkan dua konsertnya di tiga negara pada tahun lalu.

Fenix menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak AS$3 juta (kira-kira RM11,812,418).

Menurut portal TMZ, pada Oktober lalu, Mariah menerusi akaun Twitter miliknya meminta maaf kepada para peminat kerana konsert tersebut dibatalkan.

Pelantun Without You itu bagaimanapun seolah-olah menyalahkan penganjur atas perkara tersebut, malah ketika itu Mariah menuntut pihak berkenaan membayar semua kerugian kerana ‘merosakkan’ konsertnya.

“Konsert saya di Chile, Argentina, dan Brazil terpaksa dibatalkan. Peminat saya seharusnya mendapatkan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan apa yang penganjur ini lakukan kepada mereka,” tulisnya pada 26 Oktober lalu.

Bagaimanapun Fenix bertindak balas tehadap tuntutan tersebut dengan membawa perkara itu ke muka pengadilan, sekali gus mendakwa Mariah tidak memenuhi tanggungjawab di Argentina dan Chile tanpa alasan.

Fenix juga mendakwa pihaknya mengalami kerugian besar malah mereka telah membayar sebanyak pihak terbabit sebanyak 75 peratus dan menyangkal tuduhan Mariah. – MalaysiaGazette