MANCHESTER – Ketika ini, satu gambar Alexis Sanchez sedang berswafoto di atas padang Stadium Old Trafford telah ditularkan di media sosial.
Gambar yang memperlihatkan sosok Alexis Sanchez dalam persalinan jersi nombor 7 Manchester United dengan nama Alexis di belakangnya.
Malah beberapa jam lalu, pemain Arsenal itu dilaporkan telah terbang ke Manchester dengan jet peribadi.
Tidak lama selepas itu, gambarnya kelihatan ketika menaiki kereta dengan ejennya di sekitar Carrington.
Sanchez turut berkongsi tweet semula tentang artikel berkaitan perpindahan beliau ke Manchester United.
Pemain antarabangsa Chile itu dilaporkan telah menjalani ujian perubatan di Manchester United dan hanya menunggu masa diumumkan sebagai pemain Manchester United.
Perjanjian itu dikatakan melibatkan pertukaran terus dengan pemain United, Henrikh Mkhitaryan. – MalaysiaGazette