Home Dunia Senat mahu akhiri kebuntuan

Senat mahu akhiri kebuntuan

WASHINGTON – Senator-senator Amerika Syarikat berusaha untuk bersetuju dengan rang undang-undang untuk membiayai dana kerajaan, selepas dua hari penutupan pentadbiran negara itu.

Bagaimanapun, senator dalam Demokrat dan Republikan disalah kerana menyebabkan masalah itu berlaku.

Dmokrat mahu Presiden Donald Trump untuk berunding ke atas imigresen sebagai sebahagian daripada perjanjian belanjawan, tetapi Republikan mengatakan tiada perundingan sementara perkhidmatan Kerajaan Persekutuan ditutup.

Trump mencadangkan undi majoriti mudah untuk memecahkan kebuntuan.

Di bawah undang-undang Senat, rang undang-undang itu memerlukan 60 undi ahli Dewan yang terdiri daripada 100 orang untuk mengatasi halangan pembangkang.

Republikan pada masa ini mempunyai 51 orang Senator dan memerlukan sokongan Demokratik untuk melepasi bajet berkenaan.

Tetapi Trump berkata, pilihan pantas untuk undi majoriti mudah diperlukan.

Penutupan kebanyakan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan akan dirasai di seluruh negara dan ratusan ribu kakitangan mungkin terpaksa ambil cuti tanpa gaji.

Kali terakhir Kerajaan Amerika Syarikat ditutup adalah pada tahun 2013 – selama 16 hari.

Ia adalah kali pertama Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa ditutup berlaku ketika Republikan mengawal kedua-duanya – Kongres dan White House.

Dalam undi pada Jumaat lalu, ia memperoleh 50-49, jauh daripada keperluan sebanyak 60 undi untuk meluluskan rang undang-undang itu.

Demokrat telah menuntut perlindungan daripada pengusiran lebih dari 700,000 pendatang tanpa izin yang memasuki Amerika Syarikat.

Saya harap ia hanya beberapa jam atau hari, tetapi kita perlu mempunyai jawapan yang substantif dan satu-satunya orang yang boleh membawa kita ke sini adalah Presiden Trump. Ini adalah penutupannya,” kata Senator Demokrat Dick Durbin.

Republikan mahu pembiayaan untuk keselamatan sempadan – termasuk tembok sempadan – dan reformasi imigresen serta peningkatan perbelanjaan ketenteraan.

Bercakap kepada tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah, Naib Presiden, Mike Pence mengulangi pendirian partinya.

“Kami tidak akan membuka semula rundingan mengenai imigresen haram sehingga mereka membuka semula kerajaan dan memberikan tentera dan keluarga anda, faedah dan upah yang telah anda peroleh,” katanya. – MalaysiaGazette