Home Dunia George Weah kini Presiden Liberia

George Weah kini Presiden Liberia

George Weah.

LIBERIA – Bekas pemain Liga Perdana Inggeris, George Weah, 51, semalam secara rasmi menjadi Presiden Liberia.

Bekas pemain Chelsea dan Manchester City ity cukup dikenali antara penyerang terbaik di dunia.

Dia memulakan karier bola sepak pada tahun 1985 bersama kelab Liberia, Mighty Barrolle.

Pada tahun 1988-92, Weah bermain untuk Monaco dan merakam 47 rekod jaringan.

Selepas itu dia bersama Paris Saint-Germain (1992-95), 32 gol.

Pada tahun 1995-2000, Weah meledak 46 gol bersama AC Milan sebelum berpindah ke Liga Perdana Inggeris dengan menyarung jersi Chelsea hanya semusim dan menjaringkan tiga gol sebelum berpindah ke Manchester City.

Selepas itu dia beraksi bersama Marseille (5 gol ) sebelum bersama Al-Jazira selama tiga tahun (2001-03) dan seterusnya bersara. – MalaysiaGazette