“Jumlah itu turut bersandarkan kepada persembahan-persembahan berskala kecil yang diadakan di Lambang Sari yang berkapasiti 281 penonton pada satu-satu masa.
“Ini kerana Panggung Sari ditutup kepada umum bermula Mei 2017 hingga awal tahun ini.
“Ia berikutan kerja-kerja menaik taraf Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) Istana Budaya membabitkan Panggung Sari,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2018, di Lambang Sari, Istana Budaya hari ini.
Mohamed Nazri berkata, Istana Budaya diharapkan dapat mempromosikan aspek pelancongan dan kebudayaan negara menerusi program seni persembahan pentas menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Terdapat lebih dari 20 persembahan tempatan dan luar negara bakal dipentaskan di sini.
“Sempena pembukaan semula Panggung Sari Istana Budaya, sebuah persembahan teater bertajuk ‘OlaBola The Musical’ bakal dipertontonkan bermula 8 Februari hingga 11 Mac 2018,” jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai program persembahan lain turut diadakan melibatkan kerjasama dengan penganjur tempatan dan luar negara seperti Hong Kong, Sepanyol dan India.
“Antara persembahan itu ialah Mystic India, Amidst The Wind, The Citizen dan Taj Express di mana saya yakin dapat membantu mempromikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya lagi. – MalaysiaGazette