Home Nasional Operasi mengesan MH370 sudah bermula

Operasi mengesan MH370 sudah bermula

SYDNEY – Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity telah memulakan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

Pesawat MH370 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 orang penumpang yang kebanyakannya warga China.

Sebelum ini, para penyiasat percaya ada seseorang yang dengan sengaja menukar transponder MH370 sebelum mengalihkannya ke Lautan Hindi.

Serpihan pesawat itu ditemui di pulau-pulau Lautan Hindi dan pantai timur Afrika dan sekurang-kurangnya tiga serpihan telah disahkan milik MH370.

Operasi pencarian yang disertai oleh Australia, China dan Malaysia dengan kos sebanyak AS$159.38 juta berakhir Januari tahun lalu tanpa sebarang petunjuk.

Malaysia bersetuju untuk membayar sebuah syarikat Amerika Syarikat, Ocean Infinity sehingga AS$70 juta jika berjaya menemui pesawat itu dalam tempoh 90 hari.

Kapal yang digunakan Seabed Constructor telah memulakan pencarian dari Durban, Afrika Selatan pada 3 Januari lalu.

Kapal Ocean Infinity membawa lapan kenderaan dalam air automatik atau kapal tenggelam, yang akan menjejaki dasar laut dengan peralatan pengimbasan untuk maklumat yang akan dihantar kembali untuk dianalisis.

Data perkapalan Reuters menunjukkan kapal itu sudah tiba di zon carian pada Ahad dan pada hari Selasa menjejaki kawasan carian yang Agensi Saintifik Australia percaya adalah lokasi pesawat hilang.

Lapan kapal yang digunakan itu boleh mencari kawasan lantai laut lebih luas dan cepat daripada pengimbas yang digunakan semasa pencarian sebelum ini, menurut Charitha Pattiaratchi, Profesor Ombak Laut Pantai di University of Western Australia, kepada Reuters.

“Jika mereka tidak menemui apa-apa dalam masa 90 hari … saya fikir pencarian ini adalah terakhir untuk beberapa dekad – ini seperti usaha terakhir, jika anda suka,” katanya.

Seabed Constructor boleh melengkapi carian dalam masa tiga atau empat minggu, meliputi sehingga 60,000 kilometer persegi dalam 90 hari, atau empat kali lebih cepat daripada usaha terdahulu, Ketua Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett. – MalaysiaGazette