KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata peratusan kepada 3.25 peratus esok sebagai salah satu langkah untuk memacu unjuran inflasi.
Pakar Ekonomi Bloomberg, Tamara Mast Henderson dalam satu kenyataan berkata, ramalan itu sejajar dengan unjuran media kaji selidik Bloomberg namun pasaran masih tidak pasti berhubung keputusan mesyuarat jawatankuasa monetari esok.
“Kaji selidik menunjukkan penganalisis berbeza pendapat.
“Ramai melihat bank pusat tidak mampu mengambil langkah tersebut sebelum pilihanraya umum diadakan,” katanya.
Menurut Henderson, menurut anggaran Bloomberg, pertumbuhan Malaysia pada 2017 adalah kukuh pada kadar 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016, dengan inflasi hampir dua kali ganda sebanyak 3.9 peratus setahun daripada Januari-November berbanding hanya dua peratus pada 2016.
Tinjauan masa hadapan untuk 2018 masih kukuh dengan perbelanjaan isi rumah disokong oleh langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa berbelanja.-MalaysiaGazette