ENGLAND – Disebabkan kerana jurang persaingan gaji Chelsea gagal menandatangani kontrak dengan pemain Alexis Sanchez untuk ditawarkan ke Manchester United.
Perkara berkenaan diakui oleh Pengurus pasukan tersebut, Antonio Conte apabila memberitahu, pemain dari Chile itu secara rasmi telah melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford dalam perjanjian yang menyaksikan Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal.
Perpindahan pemain itu turut dikaitkan dengan Sanchez ketika United berada di tahap awal rundingan.
“Kami tidak pernah berada dalam perlumbaan ini. Langsung tak pernah.
“Terutamanya kerana, saya ulangi, salah satu sebabnya ialah jumlah gaji. Hanya satu atau dua kelab mampu membayar gaji seperti ini.
“Juga, jika anda mahukan pemain, anda perlu berdepan dengan realiti ini.
“Sekarang tak mudah untuk berfikir tentang berada di atas United atau City kerana pasukan besar ini sentiasa bertambah baik dan melabur banyak wang,” katanya lapor laman portal metro.co.uk.
Menurut Conte, jika berlaku keadaan jurang seperti itu, dua kelab besar berkenaan boleh menjadi berbahaya untuk pasukan lain di dunia.
Katanya, kedua-dua pasukan sudah sangat banyak melabur untuk pemain dan perkara itu biasa dalam pasaran pemindahan. – MalaysiaGazette