Home Utama GST kekal 6 peratus, terendah di dunia

GST kekal 6 peratus, terendah di dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy bergambar kenangan dengan pegawai-pegawai Kastam pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke 36 Tahun 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2018

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan seperti tohmahan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan sentimen negatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kutipan GST pada kadar enam peratus adalah antara terendah di dunia dan ia bukan untuk membebankan rakyat, sebaliknya menjadi penyelamat ekonomi negara.

“Kerajaan mengambil berat terhadap kumpulan berpendapatan rendah, dengan mengehadkan kadar GST kepada enam peratus sahaja berbanding negara lain yakni antara tujuh hingga lebih 20 peratus.

“GST membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat termasuk pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, perbelanjaan perkhdimatan kesihatan, keselamatan, pendidikan dan banyak lagi,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-36 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, jumlah GST yang dikutip pada tahun lalu adalah sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun 2016

Berikutan itu, katanya, beliau melihat penyampaian perkhidmatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) bertambah baik dan cekap melalui perubahan dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan untuk memastikan matlamat utama organisasi sentiasa menjangkaui harapan kerajaan dan pihak berkepentingan.

Sementara itu, Najib mahu warha KDRM peka terhadap beberapa perkara iaitu persekitaraan perniagaan yang kondusif, selamat, adil dan mampan.

“Saya yakin dan percaya dalam apa jua keadaan sekali pun walau ditekan dan diugut, walau kereta dibakar anggota kastam tidak akan mengundur diri, sebaliknya bertambah kuat semangat bertugas masing-masing,” ujar beliau.

Menurutnya, kerajaan akan terus memperkenalkan inisiatif baharu supaya ekonomi negara lebih kompetitif dan rakyat dapat menikmati manfaat dari segi produk dan perkhidmatan yang diperlukan rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. nak ikut dunia ke .kenapa tak naik ke 20% barulah setaraf dunia . malulah rendah sangat. duit ringgit kita pun tukar kepada dollar lah . malu pakai ringgit ringgit macam orang asli . pakai dollar barulah macam orang putih . ada taraf lah hidup kita . barulah cerdik .maju . pakat sembahyang hari ahad . wahhhhh melayu maju dah .

Comments are closed.