Home Nasional Rapid KL gantung operasi tren monorel empat gerabak

Rapid KL gantung operasi tren monorel empat gerabak

KUALA LUMPUR- Rapid KL menggantung operasi tren monorel empat gerabak monorel berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Ariffin Idris berkata, keputusan tersebut dibuat bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Disebabkan ketiadaan tren-tren berkenaan, Rapid KL telah mengerahkan perkhidmatan bas perantara di sepanjang jajaran monorel bagi memudahkan pengguna.

Tambang dikenakan adalah sebanyak RM1 bagi setiap perjalanan.

Menurut Ariffin, hanya set tren dua gerabak yang boleh digunakan.

“Rapid KL memohon maaf di atas ketidakselesaan yang berlaku namun keputusan tersebut terpaksa diambil kerana tidak mahu berkompromi dengan keselamatan,” katanya.-MalaysiaGazette