Home Seni Hidup Tiada tahap bilangan rokok yang selamat

Tiada tahap bilangan rokok yang selamat

Harga rokok naik mulai 1 September ini.
Gambar hiasan

LONDON – Perokok perlu berhenti merokok dan bukannya mengurangkan bilangan rokok yang dihisap demi mengelakkan daripada risiko penyakit jantung dan strok, menurut kajian BMJ.

Individu yang merokok sebatang rokok sehari masih kira-kira 50 peratus lebih cenderung untuk menghidap penyakit jantung dan 30 peratus cenderung mempunyai strok berbanding orang yang tidak pernah merokok, kata para penyelidik.

Mereka berkata, ia menunjukkan tiada tahap merokok yang selamat untuk penyakit tersebut.

Tetapi, penyelidik berkata, perokok yang mengurangkan bilangan rokok yang dihisap selalunya akan berhenti merokok.

Penyakit kardiovaskular, bukan kanser adalah risiko kematian paling besar untuk merokok, menyebabkan kira-kira 48 peratus kematian.

Analisis yang dilakukan terhadap 141 kajian yang diterbitkan dalam BMJ, menunjukkan tabiat merokok selama 20 hari akan menyebabkan risiko tujuh serangan jantung atau strok dalam sekumpulan 100 orang yang berumur pertengahan.

Tetapi jika mereka secara drastik mengurangkan satu batang rokok sehari, ia masih akan menyebabkan tiga serangan jantung, kata penyelidikan itu.

Para penyelidik berkata, lelaki yang merokok satu kali setiap hari mempunyai kira-kira 48 peratus risiko yang lebih tinggi untuk kena penyakit jantung koronari dan 25 peratus kemungkinan terkena strok berbanding mereka yang tidak pernah merokok.

Bagi wanita, lebih tinggi 57 peratus untuk penyakit jantung dan 31 peratus strok.

Prof Allan Hackshaw dari Institut Kanser UCL di University College London, yang mengetuai kajian itu, memberitahu: “Terdapat trend di beberapa negara untuk perokok tegar mengurangkan bagi mengelakkan penyakit berbahaya seperti kanser.

“Tetapi untuk dua penyakit itu, yang mana perokok kemungkinan mendapat kanser, adalah lebih baik berhenti,” katanya. – MalaysiaGazette