KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Naib Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak mengaku sebagai rakyat Malaysia sebagai mengecewakan.
Khairy berkata, tidak wajar untuk seseorang bertindak sedemikian walaupun tidak menyukai kerajaan dan tidak sepatutnya dibuat secara terbuka.
“Saya berpendapat ia mengecewakan. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kerajaan, kita tidak patut malu menjadi rakyat negara ini. Ini suatu yang memalukan dan tidak sepatutnya dikatakan secara terbuka,” beliau dipetik berkata dalam satu program hari ini di Bagan Serai.
Terdahulu, Mukhriz dalam satu program ceramah di Baling pada Jumaat dilaporkan berkata untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara kerana isu terpalit dengan kerajaan.
Menurut Khairy, rakyat dapat menilai seseorang pemimpin yang enggan mengakui dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan. – MalaysiaGazette