Home Seni Hidup Ed Sheeran rangkul Anugerah Grammy kali ketiga

Ed Sheeran rangkul Anugerah Grammy kali ketiga

NEW YORK – Penggubah lagu pop juga penyanyi terkenal, Ed Sheeran, buat kali ketiganya memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Album Vokal Pop Terbaik.

Anugerah yang dimenanginya adalah menerusi album ‘Divide’ menewaskan calon lain termasuk bintang pop terkenal, Lady Gaga dan kumpulan rock Coldplay.

Sheeran, 26 merupakan calon pilihan bagi kategori berkenaan susulan pencapaiannya sebelum ini dan kejayaan diraih termasuk status sebagai artis pilihan ramai dalam aplikasi muzik Spotify.

Album Divide menampilkan beberapa lagu yang menjadi pujaan ramai termasuk lagu rancak ‘Shape of You’, lagu berentak rock ‘Castle on the Hill’ dan lagu romantik balada, ‘Perfect’.

Sheeran bagaimanapun tidak hadir untuk menerima anugerah itu yang disampaikan pada satu majlis sebelum acara kemuncak Anugerah Grammy. -MalaysiaGazette