Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata dalam serbuan yang dilakukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada pukul 11.30 malam itu hasil maklumat awam, pihaknya turut menahan 18 warga asing yang berumur antara 18 hingga 50 tahun.
“Daripada 18 yang ditahan, 10 adalah warga Pakistan, empat Myanmar dan empat lagi Indonesia dan hanya tujuh daripadanya mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Hasil pemeriksaan ke atas kesemua guni yang dibawa menerusi Pelabuhan Barat, Port Klang yang diisytihar sebagai garam, daripada 1,885 guni pihak kami menemui sebanyak 37 guni disyaki dadah heroin dan ketamin.
Subromaniam berkata kesemua dadah berkenaan diimport dari Karachi, Pakistan serta tidak menolak kemungkinan bahawa sindiket berkenaan di dalangi warga asing.- BERNAMA