Home Nasional Malaysia boleh bergantung kepada Perancis selesaikan isu minyak sawit

Malaysia boleh bergantung kepada Perancis selesaikan isu minyak sawit

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (duduk, kanan) bersama Menteri Angkatan Tentera Perancis, Florence Parly (duduk, kiri) menandatangani minit mesyuarat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertahanan Strategik Tinggi Malaysia - Perancis ke 4 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 JANUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh bergantung kepada Perancis dalam menyelesaikan isu diskriminasi minyak sawit yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU)

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berkata, perspektif Perancis adalah jelas iaitu bersedia membantu Malaysia menangani isu itu.

“Kerajaan kami (Perancis) memahami isu pentingnya industri minyak sawit yang menjadi antara produk utama ekonomi Malaysia” katanya dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.

Terdahulu beliau bersama Hishammuddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Strategik Tertinggi Pertahanan ke-4 Malaysia-Perancis 2018.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor dan Panglima Tentera Darat Tan Sri Zulkepli Kassim.

Parly berkata, beliau telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membangkitkan isu minyak sawit dan percaya ia boleh diselesaikan menerusi sesi dialog. – MalaysiGazette