NEW DELHI – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan didakwa dirogol oleh sepupunya di Shakurbasti, Barat Laut Delhi, menurut laporan media.
Bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di mana dia telah dibawa ke sana pada Ahad lalu, lapor BBC.
Polis memberitahu media bahawa mereka telah menahan suspek berumur 28 tahun yang merupakan pekerja bergaji harian.
Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal yang melawat bayi itu di hospital menyifatkan kecederaan yang dihadapi sebagai ‘menakutkan’.
Insiden yang berlaku pada Ahad lalu hanya mendapat tumpuan semalam selepas media tempatan melaporkannya.
Menurut Times of India, polis berkata, bayi tersebut mengalami kecederaan teruk pada bahagian organ pentingnya dan kini menggunakan sokongan pernafasan di Hospital Kalawati Saran. Bayi itu berada dalam keadaan kritikal dan telah menjalani pembedahan beberapa kali.
Ibu bapa bayi tersebut telah meninggalkan beliau kepada ibu suspek kerana mereka pergi bekerja, lapor Times of India.
Bayi itu tinggal di tingkat satu rumah tersebut bersama ibu bapanya manakala keluarga lain tinggal di tingkat bawah. Polis berkata, suspek telah membawa bayi itu ke sebuah bilik di tingkat atas dengan memberi alasan untuk bermain-main dengan dia dan menyerangkan secara seksual. Suspek menutup mulut bayi tersebut bagi mengelakkan tangisannya didengari.
Ibu bayi itu bekerja sebagai pembantu rumah tidak jauh dari kediamannya. Apabila beliau pulang pada sebelah malam, dia mendapati anaknya menangis selain mendapati darah yang banyak pada bahagian kemaluan.
Beliau membawa anaknya itu ke hospital dengan segera yang mana doktor mengesahkan ia adalah serangan seksual dan memaklumkan kepada polis, lapor Times of India.
Remaja tersebut menafikan mempunyai kaitan apabila disoal mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, dia melarikan diri tidak lama selepas itu dan ini mengesahkan kecurigaan polis terhadap pembabitannya. Polis menjejaki dan menahannya.
Beliau mengaku melakukan jenayah itu semasa disoal siasat. Polis berkata, suspek masih bujang. Bayi tersebut sering ditinggalkan dengan sepupunya yang lain di rumah itu. Satu kes rogol dilaporkan di balai polis Subhash Place.
Sementara itu, Maliwal menerusi akaun twitternya menyatakan bayi tersebut telah menjalani pembedahan selama tiga jam, lapor BBC.
“Rintihan hatinya boleh didengari di unit penjagaan intensif hospital. Dia mengalami kecederaan yang menakutkan dalam organ dalamannya,” kata beliau.
Dalam satu lagi posting yang dimuat nak beliau melahirkan rasa sedih.
“Apa yang boleh dilakukan? Bagaimanana (penduduk) Delhi boleh tidur hari ini apabila bayi berusia lapan bulan dirogol dengan kejam di ibu negara? Adakah kita tidak sensitif atau kita menerima ini sebagai takdir?,” katanya.
Maliwal juga merayu kepada Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi twitter bahawa ‘undang-undang yang lebih keras dan sumber polis yang lebih banyak’ diperlukan bagi melindungi gadis di negara itu.
Menurut statistik terbaharu Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, hampir 11,000 kes rogol kanak-kanakl dilaporkan di India pada 2015, lapor AFP. Setiap hari seramai tiga orang kanak-kanak dirogol di Delhi sahaja. – Agensi