Home Ekonomi IHPR bulan Disember 6.7%

IHPR bulan Disember 6.7%

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun meningkat 0.3 peratus pada bulan Disember 2017 tetapi 4.0 mata lebih rendah berbanding 4.3 peratus pada November 2017.

Antara sektor yang mencatatkan peningkatan dalam tempoh ini adalah perlombongan (+8.9%) dan pembuatan (+1.1%), menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, indeks yang mencatatkan penurunan seperti sektor pertanian, perhutanan & perikanan (-13.8%), bekalan air (-0.4%) dan bekalan elektrik dan gas (- 0.2 %).

Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan menurun 0.5 peratus pada Disember 2017.

Penurunan indeks ini disebabkan oleh kejatuhan dalam empat sektor pertanian, perhutanan & perikanan (-5.3%), perlombongan (-0.6%), bekalan elektrik & gas dan bekalan air masing-masing turun 0.3 peratus.

Sementara itu, indeks bagi sektor pembuatan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus.

Pada tempoh Januari sehingga Disember 2017, IHPR purata bagi pengeluaran tempatan naik 6.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2016.

Ini disebabkan oleh kenaikan indeks bagi empat sektor iaitu perlombongan (+24.7%), pertanian, perhutanan & perikanan (+7.0%), pembuatan (+5.3%) dan bekalan elektrik & gas (+1.9%). Bekalan air pula turun 0.1 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan menurun 0.5 peratus pada bulan Disember 2017.

Penurunan ini disebabkan oleh kejatuhan dalam indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-2.4%) dan Barang siap kekal tidak berubah. Sementara itu, bahan perantaraan, bekalan dan komponen meningkat 0.1 peratus.

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Disember 2017 naik 0.3 peratus.

Peningkatan ini didorong oleh kenaikan indeks Bahan perantaraan, bekalan dan komponen (+0.9%) dan Barang siap (+0.1%). Sementara itu, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya turun 1.3 peratus. – MalaysiaGazette