
WASHINGTON – Amerika Syarikat menarik balik larangan terhadap rakyat dari 11 buah negara yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi.
Bagaimanapun, warga-warga negara itu perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat untuk memasiki Amerika Syarikat.
Pemohon-pemohon dari 11 negara itu, yang mana 10 daripadannya adalah negara-negara Islam dan Korea Utara akan menjalani penilaian sebelum dibenarkan masuk.
“Ia penting untuk kami mengetahui siapa yang memasuki Amerika Syarikat,” kata Setiausaha Keselamatan, Kirstjen Nielsen. – MalaysiaGazette