Home Dunia Pertahanan AS gagal tembak peluru berpandu semasa ujian

Pertahanan AS gagal tembak peluru berpandu semasa ujian

Hawaii – Disebalik kebimbangan terhadap Korea Utara, sistem pertahanan Amerika Syarikat gagal semasa mengadakan ujian untuk menembak jatuh sebuah peluru berpandu olok-olok di Hawaii.

Seorang pegawai AS berkata, sebuah peluru berpandu SM-3 Block IIA telah dilancarkan dari lapangan ujian Aegis Ashore di Hawaii tetapi gagal untuk menembak sebuah lagi peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah pesawat.

Masih tiada jawapan mengapa ujian tersebut gagal dan analisa mengenainya masih lagi dijalankan, kata pegawai berkenaan.

Peluru berpandu yang dibangunkan oleh Raytheon Co. itu digunakan untuk mensasarkan peluru berpandu jarak sederhana. Ia sedang dibangunkan dengan Jepun.

Agensi Pertahanan Misil bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen terhadap hasil ujian tersebut namun mengesahkan terdapat ujian sedemikian telah dijalankan.

Sebelum ini, sebuah ujian pintasan peluru berpandu turut gagal.-MalaysiaGazette

+ posts