Home Politik Ada bukti PAN jumpa UMNO untuk bekerjasama

Ada bukti PAN jumpa UMNO untuk bekerjasama

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah

KUALA LUMPUR – Walaupun dinafikan, Pas masih bertegas memiliki bukti berhubung dakwaan wujud kerjasama Parti Amanah Negara (PAN) dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata mereka memiliki maklumat dan saksi yang mendedahkan dakwaan berhubung kerjasama PAN dengan UMNO itu, namun tidak mahu mendedahkannya lagi.

“Dia boleh nafikan tapi kita ada maklumat dan ada saksi yang mengatakan ada perjumpaan antara pimpinan PAN dan UMNO.

“Kita sebut gitu jelah. Tak ada, tak ada (nak tunjukkan bukti).

“Dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti,” beliau dipetik berkata dalam portal MalaysiaKini hari ini.

Mohd Amar sebelum ini membuat tuduhan itu secara terbuka tapi dinafikan oleh Pengerusi Badan perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penasihat PAN Kelantan, Datuk Husam Musa juga menafikannya sebaliknya mendakwa Pas yang lebih banyak mengadakan pertemuan dengan UMNO dan mempunyai kerjasama dengan parti kerajaan itu. – MalaysiaGazette

+ posts