Home Dunia Bakal duta AS ke Singapura tarik diri

Bakal duta AS ke Singapura tarik diri

WASHINGTON – Bakal duta Amerika Syarikat (AS) ke Singapura, KT McFarland yang dipilih oleh sendiri oleh Presiden, Donald Trump bertindak menarik diri daripada dari jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

McFarland mengambil keputusan untuk menarik diri selepas mendapati pemilihan beliau di Dewan Senat mendapat bantahan.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Penasihat Negara dan bekerja di bawah mantan Penasihat Keselamatan Negara AS, Michael Flynn sebelum tercalon sebagai Duta ke Singapura pada penghujung tahun lepas.

Antara punca yang menjadi spekulasi sehingga  menyebabkan Dewan Senat menolak pencalonan tersebut dikatakan kerana kenyataan terbuka beliau kepada Kongres mengenai hubungan Rusia.

Sebelum ini, McFarland menyatakan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Senat Demokrat Cory Booker iaitu seorang anggota jawatankuasa ehwal luar, beliay tidak tahu tentang hubungan antara Flynn dan  bekas Duta Rusia ke AS, Sergei Kislyak.

Bagaimanapun, Flynn sudah membuat pengakuan bersalah kerana berbohong kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tentang hubungannya dengan Rusia malah bersetuju untuk mendedahkan beberapa rahsia sebelum Trump mengambil alih sebagai Presiden.

Ketika ini, Flynn yang pernah menjawat jawatan Penasihat Keselamatan Negara di bawah Trump berada dalam siasatan pihak berkuasa berkait dengan penglibatannya dengan kerajaan Rusia.

McFarland kemudian bertindak menulis surat kepada Trump memohon dirinya digugurkan daripada menjawat jawatan Duta ke Singapura berkuatkuasa serta merta.

“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati kerana saya yakin dengan misi anda,” demikian kata McFarland dalam surat beliau.

Trump dalam satu kenyataan sebentar tadi menerima keputusan McFarland, selain daripada memuji keupayaan beliau memimpin ketika masih dalam jawatan.

“McFarland telah melakukan tugasnnya dengan cemerlang, tetapi sesetengah ahli Demokrat memilih untuk bermain politik dan sengaja mahu menghalang seseorang yang layak untuk menjawat jawatan penting,” tegasnya. – MalaysiaGazette