Home Ekonomi AirAsia berpindah ke Lapangan Terbang Avalon akhir tahun ini

AirAsia berpindah ke Lapangan Terbang Avalon akhir tahun ini

Avalon2-640x427
Terminal Lapangan Terbang Avalon

KUALA LUMPUR – AirAsia akan memindahkan operasinya di Melbourne ke Lapangan Terbang Avalon berkuatkuasa akhir tahun ini.

Pada masa ini AirAsia beroperasi di Lapangan Terbang Melbourne.

AirAsia X Malaysia akan mengendalikan penerbangan dua kali sehari sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama di lapangan terbang itu, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.

Sejumlah 500,000 penumpang antarabangsa dijangka bergerak melalui Lapangan Terbang Avalon pada tahun pertama operasinya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts