BERLIN- Korea Utara membeli peralatan dan teknologi bagi program nuklear dan senjatanya menerusi kedutaan Jerman, dedah ketua agensi perisikan domestik negara itu.
Jelas Hans-Georg Maassen, pihaknya menyedari terlalu banyak aktiviti pemerolehan berlaku di kedutaan terbabit.
“Berdasarkan pandangan kami, aktiviti itu adalah untuk program peluru berpandu dan juga sebahagiannya untuk program nuklear,” kata Maasen dipetik sebagai berkata.
Walaupun teknologi sebenar yang diperoleh tidak dinyatakan dengan terperinci, walau bagaimanapun tambah Maasen, ia mungkin ada kaitan dengan penggunaan awam dan tentera.
“Apabila kami melihat sesuatu seperti ini, kami menghalangnya. Namun kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kami akan melakukan pemeriksaan mengejut dan menyekat setiap cubaan,” ujarnya.
Agensi perisikan domestik Jerman itu memperoleh maklumat berkaitan pemerolehan teknologi terbabit pada 2016 dan 2017, menurut siasatan ARD.- MalaysiaGazette