Home Ekonomi Dolar kukuh, harga minyak susut

Dolar kukuh, harga minyak susut

TOKYO – Harga minyak terus menyusut sejak akhir minggu lalu dipacu oleh pengukuhan dolar dan harga Brent jatuh paling rendah dalam tempoh hampir sebulan.

Pasaran-pasaran lain jatuh kerana para pelabur terkejut dengan laporan gaji Amerika Syarikat, yang memperlihatkan kadar upah berkembang pada tahap terpantas lebih daripada lapan setengah tahun, menjana jangkaan inflasi.

Brent turun AS$0.68 sen atau 1.0 peratus kepada AS$ 67.91 setong pada 0344 GMT, selepas jatuh 1.5 peratus pada hari Jumaat.

Penurunan mingguan Brent adalah 2.75 peratus minggu lepas.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) merosot sebanyak AS$0.72 sen kepada AS$64.73 setong, selepas turun 0.5 peratus pada sesi sebelumnya. WTI jatuh sebanyak 1.0 peratus pada minggu lepas. – MalaysiaGazette