Home Politik Hadi isytihar perang dengan PKR di Permatang Pauh

Hadi isytihar perang dengan PKR di Permatang Pauh

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan perang PKR apabila mengumumkan akan meletakkan calon mereka untuk melawan presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Hadi dalam satu ceramah parti tersebut di Kubang Semang semalam yang dihadiri oleh ribuan penyokong kuatnya.

“Malam ini saya nak isytihar Pas nak bertanding di Permatang Pauh, Pas nak ambil balik.

“Terpulang kepada pengundi-pengundi kawasan ini untuk berusaha dengan gigih untuk memenangkan Pas pada PRU nanti,” kata beliau dalam satu video ceramah semalam yang dimuatnaik dalam Facebook.

Hadi berkata tidak mustahil Pas mengulangi pencapaian pada 1978 lalu dimana berjaya memenangi kerusi Permatang dengan calonnya, Zabidi Ali menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ariffin Md Daud.

Ini bukan kali pertama Pas bersengketa dengan PKR, malah pada 2015 mereka juga memboikot kempen Pilihan Raya Kecil apabila tidak membantu kempen Pakatan Rakyat ketika itu yang bertanding selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Persengketaan itu tercetus selepas AMK Pulau Pinang enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Hadi walaupun diberi tempoh sehingga hari penamaan calon. – MalaysiaGazette