PUTRAJAYA – Pengukuhan nilai ringgit dipacu oleh sentimen positif dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Datuk Seri Najib Razak berkata, pengukuhan nilai ringgit sekarang didorong kenaikan harga minyak dunia, selain kemasukan aliran dana serta ekuiti syarikat asing.
Menurut Perdana Menteri menambah, ia menunjukan keyakinan syarikat-syarikat luar terhadap polisi negara.
“Nilai ringgit kukuh melepasi RM4 pada 5 Januari lalu, menjadikan ia mata wang paling berprestasi tinggi di dunia.
“Ini kerana harga minyak naik dan aliran dana dan ekuiti asing ke negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – MalaysiaGazette