Home Dunia AS mahu kenakan sekatan minyak ke atas Venezuela

AS mahu kenakan sekatan minyak ke atas Venezuela

Rex Tillerson

BUENOS AIRES – Amerika Syarikat sedang menimbang untuk mengenakan sekatan import minyak mentah Venezuela dan eksport produk bertapis Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Presiden Nicolas Maduro untuk kembali ke perlembagaan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata, bagaimanapun pihak sedang terhadap kesan kepada rakyat Venezuela jika sekatan berkenaan dikuatkuasakan.

Tillerson, yang dalam lawatan ke Amerika Latin termasuk Mexico, Peru, Colombia dan Jamaica, mencadangkan Maduro dapat digulingkan oleh tentera sendiri.

Sekatan ke atas industri minyak Venezuela akan menyebabkan peningkatan tekanan kewangan ke atas anggota OPEC itu, yang dicengkam oleh kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang teruk.

Sekatan setakat ini hanya memberi tumpuan kepada ahli-ahli individu kerajaan Maduro dan larangan membeli hutang baru Venezuela.

“Kami sedang melihat pilihan dan kami sedang mencari cara untuk mengurangkan impak ke atas kepentingan perniagaan Amerika Syarikat dan negara lain di rantau ini, kata Tillerson.

Sementara itu, Menteri Luar Argentina, Jorge Faurie berkata, negaranya akan melihat dengan teliti cadangan tersebut tetapi mengatakan sekatan “tidak boleh membahayakan rakyat Venezuela.”

Kerajaan Amerika Latin lain pula tidak mahu mengambil langkah yang akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Venezuela.

“Tidak melakukan apa-apa untuk mengakhiri krisis ini juga mengakibatkan rakyat Venezuela menderita,” kata Tillerson. – MalaysiaGazette