KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) menawarkan diskaun tol 10 peratus pada 6 pagi Sabtu ini hingga 6 pagi 11 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART Sharifah Alauyah Wan Othman dalam kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu pengguna Lebuhraya SMART hanya perlu membayar RM2.70 berbanding kadar RM3 untuk setiap hala.
Beliau berharap orang ramai menggunakan lebuh raya SMART untuk membeli-belah di pusat bandar sebagai persiapan menjelang Tahun Baru Cina. – MalaysiaGazette