Home Politik Selepas dikritik teruk, Azmin harap capai kata sepakat

Selepas dikritik teruk, Azmin harap capai kata sepakat

Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap rakan parti dalam blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dapat mencapai kata sepakat berhubung isu pengagihan kerusi di Selangor selepas menerima kritikan teruk daripada pemimpin mereka sendiri.

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, jika semua parti PH dapat mencapai kata sepakat baharu kemelut pengagihan kerusi dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak berlarutan tanpa penghujung.

“Saya berharap semua parti dapat mencapai kata sepakat. Kalau mereka dapat mencapai kata sepakat dalam masa terdekat, itu adalah pilihan terbaik,” beliau dipetik berkata hari ini.

Azmin sebelum ini dikritik sebagai tidak layak menjadi Menteri Besar oleh Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim dan menggelarnya sebagai “joker”.

Kritikan itu juga dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dari Selangor, Ronnie Liew yang membidas Azmin supaya tidak berfikir bahawa dirinya seorang sahaja pandai dan orang lain bodoh.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas PAN dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.

Dalam pada itu, Azmin berkata. satu mesyuarat akan diadakan pada 7 Februari (hari ini) untuk membincangkan rundingan agihan kerusi di negeri itu. – MalaysiaGazette