![Note 8](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/02/Note-8-640x480.jpg)
SEOUL – Para atlet Korea Utara dan Iran yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk tidak akan menerima telefon pintar mewah kerana sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Penaja permainan Samsung Electronics telah menyumbangkan 4,000 Galaxy Note 8 untuk diedarkan dalam kalangan atlet dan pegawai Majlis Antarabangsa Olimpik secara percuma.
Kedua-dua atlet negara itu tidak dapat menerima alat peranti itu kerana harganya sekitar satu juta won (AS$920) dan ia dikategorikan sebagai barangan mewah.
Korea Utara menghantar 22 atlet tetapi hanya 10 orang sahaja yang mewakili negara manakala 12 lagi menyertai pasukan wanita bersatu Korea untuk hoki ais. – MalaysiaGazette