Home Ekonomi Harga minyak mentah susut

Harga minyak mentah susut

HOUSTON – Minyak susut untuk hari ketiga berikutan kenaikan paling tinggi nilai dolar Amerika Syarikat dalam tempoh lebih daripada seminggu, dipacu penjualan besar-besaran di Wall Street dan pasaran saham lain.

Pasaran mentah kekal positif untuk tahun ini, walaupun selepas saham Wall Street menjunam pada kedudukan terbesar semalam sejak akhir tahun 2011.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk penghantaran April susut AS$0.76 sen atau 1.12 peratus kepada AS$ 66.86 setong, selepas mencecah paras terendah sejak 2 Januari lalu kepada AS$ 66.53 sejak 2 Januari lalu.

Niaga hadapan West Texas Intermediate juga jatuh AS$76 sen atau 1.18 peratus kepada AS$63.39 setong, terendah sejak 22 Januari.

“Harga minyak bertindak sebagai boneka dalam pasaran ekuiti dan dolar pula bertindak sebagai tukang mainm,” kata Brian LaRose, penganalis teknikal kanan ICAP

Penanda aras indeks saham Amerika Syarikat, S&P 500 telah kehilangan 6.8 peratus sejak ia mencecah rekod tinggi pada 26 Januari. Minyak pula menyusut kira-kira 5.2 peratus. – MalaysiaGazette