PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan pernah mengeluarkan tawaran tender rundingan terus (jemputan khas) bagi cadangan membina dan menyiapkan Kompleks Pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Shah Alam, Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, JPM menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang tawaran rundingan terus melalui surat, e-mel atau panggilan telefon bagi pembinaan Kompleks Pejabat UTC di mana-mana lokasi.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa waspada serta berhati-hati dan menyemak kesahihan tawaran-tawaran seperti ini dengan menghubungi pihak kementerian atau jabatan berkaitan melalui saluran komunikasi rasmi,” katanya.- BERNAMA