Home Dunia Seoul minta pelepasan sekatan pegawai, adik Jong-un

Seoul minta pelepasan sekatan pegawai, adik Jong-un

Kim Yo-jong dan Kim Jong-un

NEW YORK – Korea Selatan meminta pengecualian dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pengecualian untuk membenarkan pegawai tertinggi Korea Utara menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijadual dibuka pada hari Jumaat.

Korea Utara juga menghantar Kim Yo-jong yang merupakan adik perempuan Kim Jong-un ke ke acara itu.

Pyongyang memberitahu Seoul bahawa Choe Hwi, Pengerusi Jawatankuasa Bersatu Sukan Kebangsaan, akan pergi ke Pyeongchang sebagai delegasinya yang diketuai oleh Kim Yong Nam, Ketua Nominal Korea Utara, menuurt Kementerian Penggabungan Seoul.

Korea Selatan meminta Jawatankuasa Sekatan Korea Utara Majlis Keselamatan PBB untuk pengecualian untuk membenarkan perjalanan Choe.

Jawatankuasa ini beroperasi secara konsensus. Sekiranya tiada bantahan dibangkitkan oleh mana-mana 15 ahli pada petang Khamis, maka permintaan itu akan diluluskan.

Choe adalah satu-satunya anggota delegasi Korea Utara yang disenaraihitamkan oleh Majlis Keselamatan PBB dan Korea Selatan meminta jawatankuasa itu untuk kelulusan menjadi tuan rumah bagi seluruh delegasi peringkat tinggi dari Pyongyang antara 9 dan 11 Februari ini.

Misi Korea Selatan ke PBB dalam suratnya berkata, kunjungan Pyongyang itu “akan menjadi kesempatan yang tepat untuk mengurangkan ketegangan dan seterusnya mempromosi persekitaran kondusif untuk penyelesaian damai, diplomatik dan politik di Semenanjung Korea.

Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan larangan perjalanan dan membekukan aset Choe pada 2 Jun tahun lalu ketika dia menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Propaganda dan Agitasi Korea bagi Parti Pekerja, yang mengendalikan mesej ideologi melalui media, seni dan budaya. Yo-jong kini memegang jawatan itu.

Yo-jong disenarai hitam tahun lalu oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atas penganiayaan hak asasi manusia dan penapisan.

Misi Amerika Syarikat ke PBB masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung permintaan tersebut. – MalaysiaGazette