PUTRAJAYA – Bekas pemimpin UMNO, Datuk Tamrin Ghafar hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dakwaan salah laku pesuruhjaya SPRM sendiri.
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu mendakwa SPRM perlu menyiasat Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Tamrin menyenaraikan tiga salah laku Dzulkifli untuk disiasat oleh jawatankuasa antaranya bantahan secara terbuka mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara yang diumumkan kerajaan tahun lalu.
“Sebagai penjawat awam, beliau tidak boleh membuat kenyataan terbuka sekalipun tidak bersetuju, ia perlulah mengikut saluran betul,” katanya kepada media diluar Ibupejabat SPRM.
Selain itu, Tamrin juga mempersoalkan kenapa Dzulkifli telah melantik empat penasihat sedangkan dibawahnya sudah ada lima jawatankuasa yang fungsi yang sama.
Ketiga, Tamrin turut menggesa siasatan mengenai dakwaan penglibatan skandal Dzulkifli dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada ketika itu.
Berdasarkan Seksyen 494 Kanun Keseksaan, jika sabut kesalahan itu seseorang bersalah boleh boleh dipenjara.
Beliau berkata, SPRM sebagai badan yang dipertanggungjawab membuat pembersihan terhadap rasuah tidak sepatutnya diketuai oleh individu yang tidak bersih.
Terdahulu Tamrin bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Zahid Mat Arip tiba di SPRM pukul jam 9.10 pagi mengambil masa kira-kira 20 minit membuat laporan.
Dalam pada itu, Tamrin juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Bukit Aman petang ini berhubung isu yang sama.- MalaysiaGazette