BANGKOK – Seorang wanita terbunuh ketika sedang swafoto dengan rakannya di landasan keretapi.
Rakannya berkata, mereka dipercayai baru sahaja minum arak dan kemudian mahu mengambil gambar dengan keretapi tetapi tidak nampak keretapi sedang menghampiri mereka di landasan satu lagi.
Wanita berusia 24 tahun mengalami cedera parah di kaki dan meninggal dunia di hospital.
Rakan lelaki pula dilaporkan parah.
Insiden itu berlaku di stesen Samsen di Bangkok dan polis sedang menyiasat tentang apa sebenarnya yang berlaku. – MalaysiaGazette