Home Ekonomi Kadar dividen KWSP sangat baik – Maybank

Kadar dividen KWSP sangat baik – Maybank

KUALA LUMPUR – Kadar dividen 2017 yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sangat baik  memandangkan kadar faedah global masih berada dalam persekitaran normal.

“KWSP mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila memberi kadar dividen lebih tinggi berbanding sasaran 2.0 peratus melebihi kadar inflasi sebanyak 3.7 peratus tahun lalu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias

Katanya, Maybank yakin masa dan ketersediaan lebih banyak instrumen pelaburan patuh Syariah nanti membolehkan KWSP mencapai persamaan pulangan bagi simpanan-simpanannya.

KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dan 6.40 peratus untuk Simpanan Syariah.

Agihan dividen bagi Simpanan Syariah adalah kali pertama. – MalaysiaGazette

 

+ posts