Home Utama Kuala Krai diselubungi kabus

Kuala Krai diselubungi kabus

KOTA BHARU – Kuala Krai diselubungi kabus dan cuaca sejuk awal pagi tadi akibat tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China dalam fasa monsun timur laut.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria, bulan ini merupakan tempoh yang mana suhu minimum harian terendah dicatatkan di situ.

“Keadaan suhu sejuk ini juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti Kerteh di Terengganu yang turut mencatatkan penurunan suhu minimum harian. Namun, tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat.

“Cuaca sejuk ini berlaku sejak semalam dengan suhu terendah 18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi dan akan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celsius,” katanya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah iaitu 15.7 darjah Celsius pada tahun 2014.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.