RIYADH – Wanita Arab tidak perlu memakai abaya, jubah longgar panjang yang selama digunakan untuk menutupi tubuh mereka di khalayak ramai.
Ahli Majlis Ulama Kanan, Sheikh Abdullah al-Mutlaq berkata, wanita perlu berpakaian sederhana, tetapi ini tidak bermakna perlu memakai abaya.
Wanita Saudi pada masa ini dikehendaki memakai pakaian oleh undang-undang.
Kenyataan Sheikh Abdullah itu dibuat di tengah-tengah gerakan untuk memodernisasi masyarakat Arab Saudi dan melonggarkan sekatan terhadap wanita.
“Lebih daripada 90 peratus wanita Islam di dunia ini tidak memakai abaya, jadi undang-undang Arab Saudi tidak boleh memaksa kaum wanita negara itu memakai abaya,” katanya.
Cadangan dan kenyataan Sheikh Abdullah itu telah menerima pelbagai reaksi – ada yang menyokong dan ada yang menentang.
“Abaya adalah tradisi kami dan telah menjadi terpakai kepada semua, bukan masalah agama,” tulis pengguna Twitter, Mashari Ghamdi.
“Sekalipun seratus fatwa telah dikeluarkan, saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak akan meninggalkan abaya saya, begitu juga anak saya dan berharap anak perempuan tidak dengan apa yang diperkatakan itu …” tulis pengguna twitter @ Kooshe90.
Arab Saudi menyaksikan pelaksanaan pembaharuan sosial yang diterajui oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang mahu mengubah negara itu melalui Wawasan 2030.
Ia bertujuan untuk memberikan lebih banyak kebebasan kepada wanita Arab Saudi, yang menghadapi peraturan pengasingan jantina yang ketat.
Pada September tahun lalu, Arab Saudi telah membatalkan larangan memandu oleh wanita dan membenarkan wanita menonton wayang. Pawagam pertama dijangka dibuka pada bulan depan.
Pada bulan yang sama, wanita dibenarkan menyertai sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi untuk kali pertama.
Bulan lalu pula, kaum wanita dibenarkan menonton bola sepak di stadium di beberapa bandar. – MalaysiaGazette