Home Nasional Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia

Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia

KUANTAN – Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira 6.45 petang tadi di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Adik Allahyarham, Datuk Seri Muhammad Safian berkata beliau dimaklumkan abangnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ditemui terjatuh di bilik air.

“Setakat ini, kami masih tidak tahu sama ada arwah akan dikebumikan di sini atau di Kuala Lumpur kerana menunggu keputusan keluarganya,”katanya semasa dihubungi di sini, malam ini.

Abdul Manan yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari tahun 1986 hingga 2004.- BERNAMA