Home Seni Hidup Inovasi buah asam gelugur

Inovasi buah asam gelugur

Jason Teo berhasrat menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki dan juga manfaat yang dapat dikongsi serta dinikmati bersama rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR – Minat lelaki ini dalam perniagaan sudah terpendam sejak sekian lama kerana beliau mahu membina empayar sendiri selain mendapat pulangan lumayan.

Namun tidak hanya sekadar hobi, Pe­ngarah Eksekutif Pemasaran, Grand Million Bodywork, Jason Teo berhasrat menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki dan juga manfaat yang dapat dikongsi serta dinikmati bersama rakyat Malaysia.

Ini dibuktikan apabila beliau mula mampu tersenyum setelah penat lelah yang dilalui berbaloi apabila produk minuman tambahan keluarannya berada di pasaran sejak akhir tahun lalu.

Jason, 27, bercita-cita berniaga selepas mendapat Ijazah Perakaunan dari Universiti Tun Abdul Rahman dan beliau menganggap kesusahan sebelum ini mampu membuat dirinya dapat menempa nama dalam bidang perniagaan minuman.

Jason pernah kerugian hampir RM40,000 selepas ditipu oleh rakan sendiri.

“Selepas tamat belajar, saya ingin memulakan perniagaan dengan meminjam modal dengan ibu bapa namun gagal mendapatkanya.

“Jadi saya bekerja dahlu di sektor hartanah selama dua tahun untuk mencari pengalaman sebelum berani membuat bisnes produk softaware atas talian dengan rakan secara kerjasama. Namun saya ditipu hampir RM40,000 oleh rakan sendiri itu.

“Saya tidak menyesal dan menceburi pula bisnes import daging lembu namun berdepan isu aliran tunai walaupun permintaan penggunaan agak baik.

“Selepas itu, saya mula membuat kajian di pasaran untuk mencari bisnes yang sesuai dengan masyarakat dan akhirnya saya percaya bidang kesihatan dan kecantikan adalah jawapannya,” katanya yang kini muncul dengan produk minuman tambahan yang dapat membantu mengurangkan masalah berat badan dikenali Garcinia Maxx.

Jason memilih buah asam gelugur atau asam keping sebagai ekstrak utama dalam produk Gracinia Maxx.

Jason memberitahu, beliau mengambil masa selama setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan produk tersebut dalam menjamin kualiti tinggi kepada pengguna.

Sebab itu katanya, beliau memilih buah asam gelugur atau asam keping yang diinovasi sebagai ekstrak utama dalam produk Gracinia Maxx.

“Buah asam gelugur sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat seperti HCA iaitu asid hidro citrit untuk mengatasi masalah obesiti. HCA juga dapat membantu mengekang dan mengawal nafsu makan dan menguraikan sel sel lemak dari terkumpul di perut atau otot.

“Bagi ibu mengandung, air rebusan asam gelugur ini diminum bagi membantu mengecutkan rahim dan menurunkan lemak lemak yang terdapat di sekitar perut wanita selepas bersalin.

“HCA bersifat tidak beracun dan tidak bertoksik. Jadi apabila pengguna minum Garcinia Maxx, mereka dapat mengawal nafsu makan apabila mudah rasa kenyang,” katanya.

Orang ramai boleh menjadi pengedar Garcinia Max dengan modal yang sangat rendah.

Menurut Jason, Garcinia Maxx telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan harganya adalah RM168 untuk 30 paket selain mendapat hadiah percuma iaitu losyen pembakar lemak sepanjang promosi ketika ini.

“Saya bukan sahaja mahu membantu rakyat Malaysia mendapat berat ideal dan mengamalkan kehidupan sihat.

“Namun lebih jauh, saya merancang untuk melahirkan ramai ejen berpendapatan tinggi. Ada seorang ejen kami ketika ini mula meraih pendapatan sehingga RM10,000.

“Jadi, saya ingin membantu ibu tunggal, mahasiswa dan pengganggur atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapat sampingan dengan memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar Garcinia Max dengan modal yang sangat rendah,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan Garcinia Maxx boleh menghubungi talian 019-8540018 atau layari Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.garciniamaxx.com, Facebook Kurus Meroket, Terviral atau Instagram, garciniamaxxofficial.- MalaysiaGazette