MOSCOW – Sebuah pesawat komersial Rusia terhempas selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo. Kesemua 65 orang penumpang dan enam anak kapal maut.
Pesawat Saratov yang berlepas pada pukul 14.27 (11.27 GMT) terhempas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 80 kilomter dari Moscow, selepas empat minit berlepas.
Punca kemalangan tidak diketahui dan para penyiasat serta pasukan kecemasan sudah memasuki lokasi nahas yang diliputi salji.
Ketika nahas pesawat Antonov An-148 dalam penerbangan ke bandar Orsk di Pergunungan Ural.
Bangkai pesawat dan mayat manusia dilaporkan berserakan di kawasan yang luas. Salah sebuah perakam pesawat telah ditemui.
Presiden Rusia, Vladimir Putin yang merakam ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa mahukan siasatan dibuat berhubung punca nahas.
Flightradar24 berkata, pesawat malang itu kemudian turun pada kadar 1,000 meter setiap minit.
Beberapa saksi mendakwa pesawat berkenaan terbakar ketika terhempas.
Para penyiasat mengambil kira faktor cuaca, kesilapan manusia dan kegagalan teknikal yang mungkin menjadi punca kemalangan tersebut.
Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang pengalaman dengan 5,000 jam masa penerbangan dan usia kapal terbang itu kurang dari lapan tahun. – MalaysiaGazette