Home Dunia Pesawat tidak hantar isyarat cemas sebelum terhempas

Pesawat tidak hantar isyarat cemas sebelum terhempas

Pasukan penyiasat sedang mencari dan pengumpul serpihan pesawat dan mencari mayat penumpang pesawat AN-148 yang terhempas. foto Agensi

MOSCOW – Pasukan penyelamat Rusia mengumpul serpihan pesawat dann mencari petunjuk punca nahas pesawat komersial yang terhempas dan mengorbankan kesemua 71 penumpang dan anak kapal.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan sebuah suruhanjaya khas dibentuk untuk menyiasat penyebab pesawat AN-148 yang dikendalikan oleh Saratov Airlines terhempas di luar Moscow sejurus selepas berlepas ke bandar Orsk kira-kira 900 batu (1,500 km) di tenggara ibu negara.

Antara sebab yang mungkin diteliti penyiasat adalah cuaca, kesilapan manusia dan keadaan teknikal kapal terbang.

Difahamkan sebelum nahas, pesawat berkenaan tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

Pakar mula mengkaji dua perakam penerbangan pesawat itu serta kira-kira 500 serpihan pesawat yang telah dibaik pulih setakat ini.

Serpihan pesawat yang ditemui di lokasi kejadian. foto Agensi

Rakaman dari kamera CCTV yang merakam sebahagian daripada kejadian nahas telah dikongsi di media sosial yang memperlihatkan seperti bola api besar yang melintasi langit.

Penyiasat yang telah membuka siasatan kes jenayah dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terjatuh ke tanah dan dan tidak terbakar. Letupan berlaku hanya selepas ia terhempas, kata mereka.

Serpihan dan mayat manusia terserakan di sekitar satu kilometer (kurang daripada satu batu) di sekitar lokasi kemalangan dan pasukan penyelamat telah menemui seramai 1,400 serpihan badan setakat ini, agensi berita RIA melaporkan.

Pencarian itu dijangka mengambil masa selama seminggu.

Pesawat itu dikeluarkan pada tahun 2010 telah membawa 65 penumpang dan enam anak kapal semasa kejadian.

Senarai penumpang menunjukkan pesawat itu membawa ramai golongan muda termasuk seorang gadis berusia lima tahun.

Pengendali pesawat, Saratov Airlines memberitahu, ia akan menghentikan sementara operasi pesawat AN-148 sehingga pasukan penyiasat mengenal pasti punca kemalangan.

Saratov Airlines berkata, pesawat yang terlibat dalam nahas itu telah menjalani pemeriksaan pada bulan lalu dan telah terbang ke beberapa laluan pada hari sama sebelum nahas berlaku. – MalaysiaGazette