Home Dunia Tembakan udara terkena anak jiran

Tembakan udara terkena anak jiran

Sakshi Arora

PUNJAB – Seorang lelaki ditahan selepas menyebabkan kematian anak jirannya semasa meraikan majlis praperkahwinan.

Tertuduh, Ashok Khosla telah melepaskan tembakan udara bagi meraikan majlis perkahwinan anaknya tidak lama lagi, kata polis.

Kebetulan semasa tembakan dilepaskan, mangsa yang dikenali sebagai Sakshi Arora, 22, berada di balkoni rumahnya.

Mangsa yang terkena tembakan di dahi mati serta-merta.

Beberapa mangsa kehilangan nyawa disebabkan tembakan meraikan majlis perkahwinan di utara India sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Khosla ditahan polis selepas didapati peluru berkenaan adalah daripada senapang tertuduh.

“Tertuduh bukan penembak profesional dan sepatutnya tahu pelurunya boleh terkena sesiapa sahaja,” ujar polis.