SINGAPURA – Ekonomi Singapura berkembang 3.6 peratus tahun lalu, lebih tinggi berbanding unjuran awal dipacu oleh sektor pembuatan.
Tahun ini, pertumbuhan ekonominya dijangka sederhana tetapi kekal kukuh.
Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura berkata, pertumbuhan ekonomi negara itu melonjak disokong oleh permintaan gajet elektronik.
Katanya, prestasi perdagangan membantu mendorong pertumbuhan 2017 melepasi unjuran awal 3.5 peratus – yang sudah lebih daripada dua kali ganda ramalan awal.
MTI telah meningkatkan unjuran ekonomi 2017 secara progresif sepanjang tahun. Unjuran rasmi adalah antara 1 dan 3 peratus pada bulan Februari, berada di antara 3 dan 3.5 peratus sejak November.
Pada tahun ini, unjuran ditetapkan antara 1.5 hingga 3.5 peratus. MTI menjangka pertumbuhan ‘lebih sedikit daripada unjuran pertengahan’.
Ini kerana sektor perkilangan yang melonjak 10.1 peratus pada tahun 2017, dijangka terus berkembang dengan pantas dan menyokong seluruh ekonomi, kata MTI. – MalaysiaGazette